Salam.

Info

RapMelayu.com dibina sebagai satu radio internet khas untuk Rap Melayu dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Tujuan utama benda alah ini dibina adalah untuk menyediakan pentas untuk mereka yang berkecimpung dengan seni rap melayu.

Status

Laman ni masih dalam peringkat percubaan atau beta, jadi masih ada keberangkalian untuk benda ni berkecai. Harap-harap tak hancur, tapi kalau hancur jangan patah hati sangat. Kalau nak tolong aku dari segi coding, boleh jerit kat email aku othman[titik]amir[at]gmail[titik]com .

Masalah utama aku sekarang adalah untuk ada Javascript Player yang boleh ambil Soundcloud, Youtube dan RAW file sebagai source dan jadi mobile friendly. Aku dah cuba beberapa opensource player (popcornjs, mediaplayerjs, scmplayer), tapi masih tak berapa nak jadi.

Buat masa sekarang, laman ni tak mobile friendly dan aku tengok Google Analytics banyak orang pakai mobile, jadi kalau siapa-siapa dapat tolong memang style.

Belakang Tabir

Laman ni teramat ringkas sebenarnya. User boleh submit lagu, dan lagu akan dipilih secara rambang untuk masuk dalam playlist. Jadi secara teori, semua lagu ada keberangkalian untuk dimainkan. Dengan cara ni, tak da siapa-siapa boleh gunakan populariti atau apa-apa benda-benda lain.

Selain dari user, ada juga beberapa ekor toyol (crawler) yang jadi orang suruhan untuk kumpul lagu-lagu yang wujud di merata-rata internet. Buat masa sekarang, aku rasa 95% lagu datang dari toyol-toyol aku.

-amir